Followers


Maafkan aku. Aku ini bukan seorang pencipta novel atau apa-apa pun. Tapi aku hanya manusia yang biasa. Aku ini seorang yang suka mentaip, mencerita, meluahkan perasaan aku ini. Blog ini sudah menjadi sebuah diary aku. Semua kisah yang disini adalah kenyataan dan benar. Bukan hanya rekaan atau tipu. Terima Kasih.

Menterjemahkan.

Ini cerita duka.

Assalamualaikum, dah lama tak update. Ada sesiapa rindu? *muka sedih* Elvi sekarang jarang dah nak berblogging, rasa malas pun ada. Haih :/ Sorry awak awak sekalian.

Malam gelap pekat, Aku masih sendiri di..........

Aku duduk di bangku. Sepi. Seorang diri. Mendongak ke langit hitam. Nampak kilauan bintang. Bulan menemani aku. Fikiran aku bercelaru. Entah kemana melayang. Lain aku pandang. Lain bermain di fikiran. Segala yang aku pandang seolah tembus belaka. Hebat. Aku memerhati pemuda pemuda jalanan yang entah kemana arah tuju mereka. Seperti aku. Adanya kekasih yang berkasih. Mesra berpegangan tangan. Aku masih di bangku itu. Menyendiri.

Memeluk tubuh yang keginginan...

Masalah satu persatu seolah berputar memberi isyarat untuk terus memikirkan mereka. Membuat aku gila. Sesekali aku memandang sekeliling. Tiada siapa yang kesah perihal aku dan ambil tahu kecuali Asyraf Hazrren, Zafirah Zulfakar, Ibu dan Makcik makcik aku. 

Mammy: Diah atau Narressa *panggilan yang gemar mammy panggil terhadap aku.
Adik adik perempuan: Kak diah *panggilan daripada adik adik perempuanku yang mengada.
Adik adik lelaki: Kak, izinkan aku pergi balalalala *Mintak izin daripada aku seoleh-oleh aku ni ibu mereka.

Halusinasi..

Aku sedih dengan nasib aku. Aku rindu kasih sayang yang ikhlas seorang ibu dan bapa. Aku rindu adik adik aku juga.  Aku rindu suara mereka. Duka sekali. Aku menoleh ke kiri dan kanan ternyata tiada siapa. Itu bukan suara dari sesiapa daripada mereka lagi. Cuma suara hati yang muncul. Sengaja membuat aku lagi sebak. Menitis air mata tanda lara. Lara hati. Lara jiwa.

Menyeka air mata.

Hari ni 1haribulan. Hari yang penuh.... Bulan 8 yang pertama.. Tapi kini sudah tiada makna. Ia hanya hari biasa. Tiada erti untuk aku, dia, mereka dan kita. Terima kasih kerana sudi memberi aku kebahagian. Terima kasih Asyraf Hazreen, Zafirah Zulfakar, Ibu dan Mak cik mak cik sekalian.

Aku kene kuat.. Allah sentiasa disisi kita. Aku tahu!


Tapi aku yakin, Allah telah mempersiapkan yang lebih baik untukku. Aku hanya mampu berserah dan tabah. Dosa aku telah memgingatkan aku bahawasanya tiada yang kekal dalam dunia ini melainkan Allah.

Salam ikhlas,
Elvi Narressa Shamsudin  .