Followers


Maafkan aku. Aku ini bukan seorang pencipta novel atau apa-apa pun. Tapi aku hanya manusia yang biasa. Aku ini seorang yang suka mentaip, mencerita, meluahkan perasaan aku ini. Blog ini sudah menjadi sebuah diary aku. Semua kisah yang disini adalah kenyataan dan benar. Bukan hanya rekaan atau tipu. Terima Kasih.

Menterjemahkan.

Mengapa Lelaki Sukar Memohan Maaf .

Ibu-ibu , bapa-bapa , teman-teman , hamba-hamba , dan sekalian sekalian . Hari ini nak share info sikit neh . So harap kauorang layan jelaa eh ? Haha . Sesetengah orang lelaki sukar menuturkan kata maaf . Meskipun kenyataan ini mungkin diragui oleh lelaki , namun hakikatnya lelaki memang sukar berbuat demikian lebih-lebih lagi jika berbuat salah kepada pasangan sendiri . 


Memiliki Ego Yang Terlalu Tinggi
 Lelaki yang mempunyai ego tinggi biasanya mengalami kesukaran untuk memohon maaf meskipun jauh di sudut hatinya dia mengakui dirinya memang bersalah . Golongan ini biasanya lebih mengutamakan ‘maruah dirinya’ daripada terpaksa ‘menjatuhkan air mukanya’ sendiri semata-mata terpaksa menuturkan kata maaf . Jadi tidak hairanlah sekiranya lelaki lebih mengutamakan ego sendiri sehingga sanggup mengetepikan hati pasangannya sendiri .


Memperlihatkan Kelemahan Diri
 Selain faktor ego yang tinggi , memohon maaf juga bagi lelaki merupakan tindakan yang memperlihatkan kelemahan dirinya secara terang-terangan . Kelihatan lemah di hadapan lawan jenis adalah perkara yang sebolehnya cuba dihindari oleh lelaki . Bagi sesetengah lelaki , meminta maaf merupakan simbol kelemahan diri . Malah tindakan tersebut juga menurut lelaki mampu menurunkan harga diri lelaki .


Tidak Suka Mengaku Kesalahan
 Ada segelintir lelaki menganggap kesalahan adalah tanda ketidakmampuan . Jika wanita mengakui kesalahan lelaki dengan meminta maaf dan mengakui kesalahan mereka , lelaki pula bersikap sebaliknya . Golongan ini kadang-kadang bersikap kasar dan tidak mahu mengaku salah .


Tindakan Berbicara Lebih jelas Daripada Kata-Kata 
 Enggan memohon maaf secara terbuka , ada sebilangan lelaki mengambil tindakan memohon maaf melalui perlakuan atau perbuatan . Sebagai contoh memberi kejutan kepada mereka . Pemberian hadiah berupa bunga coklat , barang perhiasan atau hadiah-hadiah lain adalah interpretasi golongan ini di atas kesalahan yang mereka lakukan . Tindakan ini bagi mereka juga lebih mudah daripada terpaksa meluahkan kata-kata maaf melalui ucapan .


Bimbang Maaf Tidak Diterima
 Juga ada segelintir lelaki enggan memohon maaf secara terbuka kerana bimbang kemaafannya tidak diterima . Justeru , tidak hairanlah apabila ada sebilangan lelaki yang berfikiran negatif akan mengalami dilema apabila ingin meminta maaf . Mereka biasanya akan mengalami kocakan emosi dalam membuat keputusan sama ada perlu meminta maaf atau sebaliknya . Malah , mereka juga turut mengalami konflik untuk merencana bagaimana , bila dan di mana tempat yang sesuai untuk menuturkan kata-kata maaf tersebut .


so , lelaki - lelaki di luar sane , korang ade tak bende - bende neh semua ? Hee . Tapi , tak semua nyA camneh kan kan ? Lain orang , lain cara and perlakuan nya , yea tak ?