Followers


Maafkan aku. Aku ini bukan seorang pencipta novel atau apa-apa pun. Tapi aku hanya manusia yang biasa. Aku ini seorang yang suka mentaip, mencerita, meluahkan perasaan aku ini. Blog ini sudah menjadi sebuah diary aku. Semua kisah yang disini adalah kenyataan dan benar. Bukan hanya rekaan atau tipu. Terima Kasih.

Menterjemahkan.

Takkan pernah berubah...

#Maaf. Sebagai pembuka selera. Jangan lah muntah -..-' Muehewhew.

Aku, takkan pernah berubah. Apa yang kau pandang sekarang, apa yang kau nampak sekarang adalah aku yang sebenarnya. Aku bukannya makhluk hijau yang mahu menjajah bumi. Aku cuma aku lah. Macam mana lagi yang kau mahu aku terangkan? Beginilah aku, kurang tinggi, penuh dengan senyuman yang menjelikkan dan gedik. Aku tak pernah minta dilahirkan begini, itu kerja Tuhan. Dia Maha Esa, apa yang dia inginkan senang saja dia jadikan untuk manusia. Jika Dia mahu manusia itu berkaki 3, semudah petik jari, wujudlah manusia berkaki 3 itu. Aku bukan sesiapa yang mahu mengubah takdir Tuhan.

Tidak perlu aku ulang lagi. Aku malas. Benci dengan sikap sesetengah manusia yang tidak menghargai pemberian Tuhan.

Benci dengan sikap manusia yang asyik mengata orang.

Aku tahu aku juga begitu kadang-kala.

Tapi aku berusaha untuk tidak terjebak dalam hal demikian.

Kata orang, jangan jaga tepi kain orang. Tapi kau buat.

Ah! Malas aku mahu sibuk hal engkau. Jadi, jauhkan diri kau dan jaga mulut kau dari menyebut tentang aku. Aku benci.


Buat seseorang.
Tolonglah, jangan diungkit cerita lama. Kau cari peganti kau. Cari yang terbaik. Jangan cari aku lagi. Cari yang lebih hebat. Cari yang lebih bagus. Aku bukan untuk kau. Jangan bikin aku sedih dengan kata-kata kau. Aku dah cukup terasa tadi. Cukuplah. Yea? Aku tahu kau mampu. Kan kau dah cuba sebelum ni. Cuba lagi. Kau mampu berjaya. Usaha tangga kejayaan bukan? Jadi, berusahalah selagi kau mampu. Aku sekarang dah bahagia dengan hidup aku sekarang. Aku dah berpunya orang lagi bagus daripada kau, berhenti mencari aku lagi. Sekian.

Hingga berjumpa lagi. Bye.