Followers


Maafkan aku. Aku ini bukan seorang pencipta novel atau apa-apa pun. Tapi aku hanya manusia yang biasa. Aku ini seorang yang suka mentaip, mencerita, meluahkan perasaan aku ini. Blog ini sudah menjadi sebuah diary aku. Semua kisah yang disini adalah kenyataan dan benar. Bukan hanya rekaan atau tipu. Terima Kasih.

Menterjemahkan.

Teman huru hara . Tiada lagi , Byebye .

manusia tak pernah puas.

Aku bertuah sbb aku ialah Elvi Narressa bt. Shamsudin.
Ramai yg mahu ambil tahu ramai juga yg masih menyayangi.
Tapi harus ingat ramai juga yg membenci.
Kerana apa?
Mereka tk mampu utk milikki apa yg kita ada sekarang dan juga tidak mampu jadi apa yg kita telah jd sekarang :-)
itu kenyataan jgn di sangkal.

Kadang kadang aku jd bingung.
Kenapa manusia perlu bangkitkan rasa tak puas hati kpd manusia lain hanya utk tidak dpt menerima kenyataan?
Aku dah letih semua nya sampai satu tahap aku dah tak mahu ambil tahu tentang dunia luar.

Kalau lah aku bisa tutup semua mulut manusia dari mengata orang.
Kalau lah aku bisa simbahkan cacian org ramai pd tempat yg lain tapi bukan pada aku.

Hidup ni mudah kalau kita sentiasa bahagia.
Bukan senang nk bahagia.
Bahagia itu susah, menghancurkan bahagia itu mudah.

Letih dgn kehidupan seharian yg menggamit jiwa.
Letih dgn tipu helah manusia yg tak henti menghukum kita.
Letih dgn semua maki semua manusia yg tak pernah sng melihat kesenangan manusia lain.

Salah apa nya kita?
Kita ke yg bersalah sampai kita di hukum kejam sbegini rupa?
Ke mana pergi nya hati dan perasaan?
Cuba tanya diri cuba tanya hati.
Kau manusia atau haiwan?
Kita dgn haiwan bezanya cuma satu. Akal fikiran.
Biarkan haiwan saja bersifat territorial.

Mulut orang ni kadang nya perosak reputasi manusia.
Mulut manusia juga pembunuh motivasi manusia lain.
Biasanya mereka senyum di depan, di belakang dengki tiada siapa yg tahu.


buat muka mcm tu orang benci buat muka macam ni juga manusia tak suka.
mcm mana lagi perlu kita buat?

"saya orang aman, saya bukan orang jahat,
saya benci perang saya rela bersahabat."

Bila kita minta maaf bukan tanda kita kalah bukan tanda kita menyerah angkat kain putih.
Minta maaf bukan maksud kita cemar duli bukan maksud kita hina.
Minta maaf tak jatuh maruah lansung.
Tapi, org yg tak memaafkan itu yg hina. Mudah?
Aku tahu memaafkan itu ambil masa, tp sampai bila?

"eh hello, Elvi yg dtg menyembah kiteorg minta maaf okay."
kalau ini dialog nya, aku yakin maaf tu bukan lama.

Terkadang juga manusia tak suka menerima hakikat.
kononnya yg di depan yg di sajikan ini semuanya belum lagi tercemar.
Itu kata engkau, mata yg melihat tak pernah berbohong.
Itu salah lampau dia, kau perlu tahu untuk masa akan datang.

Tak perlu lihatnya semuanya suci tiada cacat celanya kononnya di mata engkau dialah segalanya.
Itu semua bastards. Bullshits.
Tak sudah sudah dengan pembenci.

Manusia kata dia tahu sejarah silam aku dia tahu aku siapa dia tahu rumah aku besar mana.
Itu semua dusta kata kata nista manusia.
Aku hadapkan mereka dgn satu pengajaran hidup.

Menilai manusia lain bukan dr segi sifat luarannya.
Berapa banyak kereta aku di rumah kau mahu tahu tak?

Semua manusia ada sejarah hitam. Tak perlu kau ulangi perkara yg sudah.
Hati ni sudah perit mengetahui segalanya.

Kononnya aku ini yg hina, aku saja yg jijik di mata mereka.
Mana kesucian kalian jika aku di caci sebegitu rupa?
Tolong ketuk hati bandingkan aku dgn dirimu jgn bandingkan aku dgn ustad azhar idrus mahupun ustazah wan semput semput semput lagiiiiiiiii...

nak jaga hati manusia bukan senang lagi lagi hati lembut mcm tisu.
koyak sikit mati meraung.
sudah tiba untuk aku lenyapkan diri aku seketika dr luang legar halilintar alam maya.
makin lama aku rasa alam maya ini memakan diri sendiri.
aku makin bosan dgn dunia.
bila kita akan ke dunia yg seterusnya? maksud aku, akhirat.
bekalan dah di hantar, cukupkan bekalan akhirat. pentingnya lebih.
walaupun hari ini bukan hari raya, minta maaf bukan untuk mendapat duit raya tapi aku pasti tiap tiap apa yg aku lakukan bukan semua manusia akan suka. mungkin benci.
tiap tiap manusia yg pernah menjadi sejarah silam kami, di beri makan caci maki, di beri minum segala kata nista daktil ini di susun untuk kemaafan.

tak salah minta pengampunan, tak salah lagi kalau kita sendiri yg ikhlas kan hati memaafkan.


Aku pergi dulu..