Followers


Maafkan aku. Aku ini bukan seorang pencipta novel atau apa-apa pun. Tapi aku hanya manusia yang biasa. Aku ini seorang yang suka mentaip, mencerita, meluahkan perasaan aku ini. Blog ini sudah menjadi sebuah diary aku. Semua kisah yang disini adalah kenyataan dan benar. Bukan hanya rekaan atau tipu. Terima Kasih.

Menterjemahkan.

Memang sama atau sengaja?

Apa pandang-pandang? Tergoda la tu. Ehem!

Hey hey hey you ! :-)

Nampak macam happy kan? Sebenarnya tak happy. Lepas ni aku akan jarangjarang update blog, online jauh lagi.

Biar aku tumpukan sepenuhnya kepada spm aku ni. Haha.

Okay lets start our topic today.
Persamaan kebetulan orang sengaja di buat buat supaya menjadi sama?
Faham tak tajuk ni? Tolong faham kan. Kalau tak faham sila korek hidung.

Sekarang dah banyak sangat kita tengok benda yang sama.

Contohnya, barang si A lebih kurang dengan barang si B.
Biasalah kan, bukan barang tu satu je ada dkt pasaran. Lain lah ianya benar benar limited edition.
Jadi, dengan sebangang bangangnya si B menuduh si A copycat.

Seperti kebiasaannya lagi, style baju dr atas sampai bawah si A sama dengan style si B.
Biasalah kan, bukan baju tu selai je yang ada jual dekat dunia ni. Berjuta juta helai okay. Lain lah ianya made in UK jadi sikit lah kuantiti helai bajunya.
Jadi, sekali lagi si B menuduh si A pentiru style baju nya.


Situasi yang seterusnya, di mana cartoon atau character yang di minati oleh si A sama dengan si B.
Biasalah kan, bukan character tu wujud hanya untuk di minati oleh sorang je dlm alam fana ni. Semua orang pun suka.
Jadi, dengan megahnya si B berkata, "woi bodoh. hang tiru aku ka? Kau minat domo mulut terlopong, domo jelah semak sama dengan aku apahal?!"


Selanjutnya kita teruskan dengan situasi lain di mana si A menggemari warna kegemaran yang sama bangat dengan si B.
Biasalah kan, warna tu bukan untuk kau sorang je. Org lain juga berhak minat.
Jadi.. Woi thambi berapa banyak kali jadi lah? Jadi ke tak jadi boleh blah lah. Penat aku. haha.


Cuba kalian bayangkan, kalau dah kerap sangat sama nya, itu sengaja atau di sengaja kan?
Bukan nya sebab konon ada jodoh sebab itu sama semua nya dari kepala sampai ke kaki semua nya sama.
Kalah kembar, kalah adik beradik.
Dasar kepala jendol. weh jendol jendol jangan main eh. haha
Kesimpulan yang aku boleh simpul mati kan dia ialah, nampak sangat kau pentiru.
Nampak sangat kau stalk semuanya.
Nampak sangat kau ni tak ada kehidupan kau sendiri.
Dah nampak dah ke mana hala tuju selepas spm kau ni. Hehehe..


Boleh tak ubah jadi diri sendiri? Peaceeeeeeeee!

Copycat, fakers semakin berleluasa sekarang. Rasa nak sepak muka mereka sampai jadi ayam penyek.

Jangan tiru yang ini, tak suka lah bila sama-sama ni.
Bukan sebab aku seorang je, tapi aku memang tak berkenan
kalau ada pasal aku sama dengan kau. Kononnya 'idea kau sendiri dan
sebagainya. Nak ludah sat boleh?

Orang tu ada, kita juga pasti nak ada.
Orang tu nak itu kita juga ada rasa ingin kan benda itu.
Orang tu minat yang itu kita juga turut meminati benda yang sama.
Sebab nya?

Sebab kita tak ada kehidupan sendiri atau nak lebih bajet bajet "kau ni mmg takde life ah bedebah."
gituuuu. Budak sekarang mcm aku kan suka ckp english sangkut-sangkut. Entahpape.


Perlu ke kalau kita minat orang tu maksud aku, kita jadikan dia idola kita macam aku obses dgn fatin liyana & Yuna Perlu ke kita jadi diri dia?
Contoh lain, katakan kau minat Victoria Beckham. Kau sanggup imitate semua apa yang dia pakai.
kau copy dr atas sampai ke lengan kaki.
Dah tu kalau dia bogel kau nak bogel juga? Eh bogel lah doh, baru ah Victoria Bekcham. Kan?

So, sila celikkan pemikiran dan mata anda.
Biar buta mata jangan buta hati.


Garang tak garang tak? Aummmmm! Lol!

Konklusi yang penghabisan nya, boleh kalau kau mahu punya idola.
Tak ada siapa larang. Tapi kau tak akan sama sekali akan jadi mcm dia.
Kononnya idola kau Nrul Cakap cakap ataupun aku, secara logik akal nya kau buat lah pembedaham plastic mcm mana pun kau tak akan dapat sama sepeti mereka.
Tonyoh lah muka kau di jalan tar memang aku pasti tak mungkin pernah jadi.

Biar kita nampak hebat kerana menjadi diri sendiri itu baru betul betul hebat.
Buat apa kita nampak hebat tapi hakikatnya kita plastik.

Terasa? Kisah? Hahaha! Kbai assalamualaikum :face57: