Followers


Maafkan aku. Aku ini bukan seorang pencipta novel atau apa-apa pun. Tapi aku hanya manusia yang biasa. Aku ini seorang yang suka mentaip, mencerita, meluahkan perasaan aku ini. Blog ini sudah menjadi sebuah diary aku. Semua kisah yang disini adalah kenyataan dan benar. Bukan hanya rekaan atau tipu. Terima Kasih.

Menterjemahkan.

Selamat Hari Mubarak 2012.

Assalamualaikum. Hai. Selamat kembali dan Selamat Hari Raya.

Alhmdulilah dapat juga aku rasa raya tahun ni. Raya oh raya. Walaupun usia aku dah berusia 17 tahun tetap juga orang bagi aku duit raya. Tak la rasa pokai lagi.


1 syawal.
Tahun ini beraya takda tema warna yang sama. Aku punya warna warni. Ada 2 atau 3 pasang jea. Siapa peduli. Sama saja macam tahun sebelumnya, baju raya semua ikut saja tema masing-masing., belasah je.

Ini la aku. Haha bajet ayu jea.

Bebas make up okay? :P

2 Syawal
Masih sama. Bagi aku tiada ada sangat perasaan seronok macam raya semasa aku kecil kecil. Main bunga api sampai lewat malam. Tak boleh tidur sebab tak sabar nak raya. Tapi sekarang tidur lena sampai tak nak bangun dan begitu malas nak pergi sembahyang trawih.


Selamat Hari Raya, sebelum itu aku memohon maaf jika selama aku mentaip dan menulis blog, aku ada tersakitkan hati siapa siapa, terguriskan hati mana mana pihak. Khilaf aku, maafkan diri ini. Okay sekian terima kasih. Salam.