Followers


Maafkan aku. Aku ini bukan seorang pencipta novel atau apa-apa pun. Tapi aku hanya manusia yang biasa. Aku ini seorang yang suka mentaip, mencerita, meluahkan perasaan aku ini. Blog ini sudah menjadi sebuah diary aku. Semua kisah yang disini adalah kenyataan dan benar. Bukan hanya rekaan atau tipu. Terima Kasih.

Menterjemahkan.

Sesuatu........................

Assalamualaikum......
Hai lama tidak bual kosong, tak bercerita panjang. Agak rindu. :*

Ini bukan kisah cerita cinta sedia wujud.

"Ya Allah Ya Tuhanku, andai kata ini ketentuan dari-Mu, aku Redha walaupun bukan ini mintaku."

Aku tak pernah bermimpi untuk bermandian bersama air mata yang gugur. Jauh sekali ingin memiliki hidup yang lara seperti ini.
Rasa seperti mahu mati bunuh diri. Tak tertanggung sungguh penderitaan ini. Hebatnya ujian Tuhan berikan.
Lidah bercabang, janjinya sekadar di bibir, angan-angan setinggi seperti klcc yang di berikan juga membunuh aku sikit demi sikit.

Kalau ini mahuMu, 
Kalau ini kataMu, 
Kalau ini pintaMu,
Aku pasrah dari lubuk hati yang paling dalam.



Mungkin ceritera ini sekadar mimpi dongeng yang tak mungkin akan jadi realiti. 
Realistiknya juga tak punya.
Aku sudah rebah tersungkur, sakit ini buatan kamu yang maha kejam. 
Ternyata, ini akhirnya.



Aku tahu aku tak boleh gunakan pisau sebagai alat bunuh aku.
 Aku juga tak boleh gunakan serpihan kaca bingkai gambar kau untuk aku bunuh diri. 
Aku tak boleh mati lagi. Aku tahu aku perlu bertahan dan aku akan terus bertahan.  :(

Aku bersyukur kerana kau memberikan aku peluang. Peluang terakhir~
Bagi kau, peluang untuk aku begitu sahaja kerana kau telah banyak kali bagi aku peluang tapi aku akan cuba berubah, berubah jadi yang terbaik. 
Insyallah.

Tapi tolong memberikan aku sedikit masa. Aku perlukan masa, 
ku mohon kau mengerti semuanya ni.
Terima kasih juga kerana kau juga, aku mengerti mengahargai orang yang kita sayang.
Aku perlukan kau sayang. Aku perlukan kau~

Aku mintak maaf kerana aku telah banyak menyakitkan hati kau, terlalu banyak aku buat kau hinggakan hati kau tidak dapat aku ubati lagi. 
Walaupun layanan kau tidak seperti dulu, aku tetap takkan mengalah berubah menjadi baik untuk kau.
Aku tetap akan berjuang, berjuang berjuang dan berjuang....
Aku takkan penat, Insyallah~

Aku akan terima sedaianya, aku akan tetap mencintaimu seperti dulu hinggalah sekarang.
Aku sayang kau bukan berdasar atau apa, aku tetap akan tulus mencintaimu sayang.....
Maafkan saya sayang......... 

Kau sekarang dah tak seperti dulu, aku rindu kau yang dulu.. 
Rindu kau selalu 'take care' pasal aku dan bergurau semuanya. Aku dah takda siapa kecuali kau.
Kasih sayang aku susah nak dapat, sekarang kasih sayang yang iklas daripada kau pun sudah cukup berharga sekali untuku.

Aku menginginkan kau selamanya di sampingku. Aku semakin yakin bahawa kau sentiasa menarikku ke arahmu bagai besi berani yang berlainan. Maafkan saya sayang............................. :"(