Followers


Maafkan aku. Aku ini bukan seorang pencipta novel atau apa-apa pun. Tapi aku hanya manusia yang biasa. Aku ini seorang yang suka mentaip, mencerita, meluahkan perasaan aku ini. Blog ini sudah menjadi sebuah diary aku. Semua kisah yang disini adalah kenyataan dan benar. Bukan hanya rekaan atau tipu. Terima Kasih.

Menterjemahkan.

Bye November and Hai December.

Aku bukan bini vampire yang meminta lakinya merasuk tubuh,
 menghisap darah semata demi cinta.

Semua orang sedang sibuk mengucapkan selamat datang pada Disember.
Dan aku juga tak lupa cuma kedatangannya tak aku alukan. Aku sendiri tahu, di bulan yang sama cuma tahun yang berbeda, aku lalui bulan ini dengan getir.
Untuk tiap-tiap manusia yang bertanggungjawab memusnahkan hati ini di tahun yang lalu, aku atur sepuluh daktil untuk meminta kau usah menjelma lagi pada bulan ini.
Memang dah menjadi kebiasaan eh kau datang pada waktu-waktu seperti ini? Tolong berambus dari hidup aku secara total kernanya kehadiran kau langsung aku tak hadap walaupun seminit.

Bulan December tahun lalu,
Terlalu banyak yang telah jadi, rata-ratanya penghancuran yang berlaku. Kes tumpah air mata seperti kilang air mata yang baru menjalankan operasi.
Dia itu dia ini, rabak koyak hati entah siapa mahu jahitkan kembali.
November juga cukup setahun aku merana.

Ya, bau ini seperti kombinasi ribuan bau bunga. Tulip, rose merah, daisy, jasmine. Baunya bercampur dan kombinasi nya juga amat menyenangkan aroma hiduku. Adakah itu satu permulaan yang baik untuk aku mulakan perjalanan Disember aku?

Aku ialah direktori hidup aku sendiri. Apa saja keputusan yang aku buat merupakan instruksi dari aku. Dan terbitannya tentang kisah hidup aku yang aku sedang pertaruhkan. Walaupun aku dah banyak jatuh, tapi kini aku kena teruskan hidup.  Dan aku ena kuat seperti bini vampire. Hmm, happy Desember anyway.